INGINKAN "KOREAN GLASS SKIN"
Maksudnya kulit yang licin, lutcahaya dan bersinar seperti kaca. Anda hanya perlu menguraikan dan menanggalkan kulit yang mati dan kusam secara berterusan serta secara lembut sambil memastikan kulit sentiasa terhidrasi secara maksimum. Tidak mustahil untuk mendapatkan kulit impian ini jika anda ikut 5 langkah berikut:
Langkah 1: Pencucian Ganda Dua
Bukan dengan menggosok muka menggunakan kain atau berus. Untuk mendapatkan kulit yang nampak seperti tiada pori; larutkan kesan mekap seperti krim asas, minyak, peluh, kotoran dan pencemar sebelum masuk tidur menggunakan pencuci berasaskan minyak.
Kemudian, cuci muka kali kedua menggunakan pencuci berasaskan air yang melembapkan seperti La' Soul Cleansing Foam. Bilas sekali lagi guna air suam.
Untuk mengelakkan kulit kusam dan memastikan pori bebas daripada tersumbat, guna pencuci yang mengelupas secara lembut seperti La' Soul Placenta Intensive Deep Peeling Gel selang 2- 3 kali seminggu. Selepas mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri (tanpa dilap dengan tuala) untuk memastikan kelembapan maksimum pada kulit.
Langkah 2: Kaedah 7 Kulit
Inilah rahsia mendapat "Korean Skin Glass" iaitu menggunakan 7 lapisan toner yang melembapkan untuk membangkitkan seri dari dalam kulit.
Semasa kulit masih lembap, sapukan kapas yang dibasahi La' Soul Placenta Intensive Toner pada kulit dan biarkan kering sebelum mengulanginya sebanyak 6 kali lagi. Jika anda mahu, basahkan kepingan kapas dengan toner dan lekapkan pada kulit muka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Langkah 3: Gunakan Serum
Tepuk- tepuk dari bawah ke atas La' Soul Skin Secret V Lifting Serum pada kulit (elakkan menggosok kerana gosokan boleh menarik kulit dan menyebabkan kedut). Serum akan menambah lembapan dalaman kulit.
Langkah 4: Pelembap, pelembap dan pelembap.
Sapu pelembap seperti La' Soul Bright Vivid Essence dari atas ke bawah pada kulit bagi mengunci lembapan, menyebabkan kulit lebih licin, lembut dan bersinar.
Langkah 5: Lindungi dengan SPF
Selepas menggunakan BVE dan QQ Cream
Tidak kira hari hujan atau panas, gunakan QQ Cream yang memberikan perlindungan maksimum SPF50 untuk mengurang dan mencegah pembentukan garis-garis halus, kedutan dan bintik- bintik perang. Ia juga melekat terus pada kulit dan membangkitkan seri dalaman kulit. Ia bertekstur ringan dan sesuai digunakan sendiri atau di bawah mekap.
Ektra
Sebelum menyapu La' Soul V Skin Secret Lifting Gel
Semasa awal sapuan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel
Semasa La' Soul V Skin Secret Lifting Gel mengering
Selepas Menggunakan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel
Selepas melakukan pengelupasan secara lembut menggunakan La' Soul Placenta Intensive Deep Peeling Gel, gunakan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel sekali seminggu untuk meningkatkan pemulihan sel kulit dan menghasilkan kulit yang lebih licin serta segar.
Jika dilakukan pada malam hari, akhiri dengan sapuan Diamond White Hydration Sleeping Mask bagi mengunci lembapan kulit dan membantu pemulihan.
Rujukan:
Rujukan:
https://blog.glowrecipe.com/2017/11/08/exactly-how-to-get-glass-skin-in-5-easy-steps/