Tuesday, December 11, 2018

INGINKAN "KOREAN GLASS SKIN"?

INGINKAN "KOREAN GLASS SKIN"


Maksudnya kulit yang licin, lutcahaya dan bersinar seperti kaca. Anda hanya perlu menguraikan dan menanggalkan kulit yang mati dan kusam secara berterusan serta secara lembut sambil memastikan kulit sentiasa terhidrasi secara maksimum. Tidak mustahil untuk mendapatkan kulit impian ini jika anda ikut 5 langkah berikut:

Langkah 1: Pencucian Ganda Dua

Bukan dengan menggosok muka menggunakan kain atau berus. Untuk mendapatkan kulit yang nampak seperti tiada pori; larutkan kesan mekap seperti krim asas, minyak, peluh, kotoran dan pencemar sebelum masuk tidur menggunakan pencuci berasaskan minyak.

 Untuk mencuci secara sempurna tanpa menanggalkan lembapan kulit, terlebih dahulu urut muka yang masih kering menggunakan pencuci berasaskan minyak  seperti La' Soul Pre Cleansing Emulsion. Bilas menggunakan air suam yang akan menguraikan sisa lebih baik daripada air sejuk. 



Kemudian, cuci muka kali kedua menggunakan pencuci berasaskan air  yang melembapkan seperti La' Soul Cleansing Foam. Bilas sekali lagi guna air suam.
Untuk mengelakkan kulit kusam dan memastikan pori bebas daripada tersumbat, guna pencuci yang mengelupas secara lembut seperti La' Soul Placenta Intensive Deep Peeling Gel selang 2- 3 kali seminggu. Selepas mencuci muka, biarkan muka kering dengan sendiri (tanpa dilap dengan tuala) untuk memastikan kelembapan maksimum pada kulit. 

Langkah 2: Kaedah 7 Kulit

Inilah rahsia mendapat "Korean Skin Glass"  iaitu menggunakan 7 lapisan toner yang melembapkan untuk membangkitkan seri dari dalam kulit.

Semasa kulit masih lembap, sapukan kapas yang dibasahi La' Soul Placenta Intensive Toner pada kulit dan biarkan kering sebelum mengulanginya sebanyak 6 kali lagi. Jika anda mahu, basahkan kepingan kapas dengan toner dan lekapkan pada kulit muka sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

Langkah 3: Gunakan Serum


Tepuk- tepuk dari bawah ke atas La' Soul Skin Secret V Lifting Serum pada kulit (elakkan menggosok kerana gosokan boleh menarik kulit dan menyebabkan kedut). Serum akan menambah lembapan dalaman kulit.


Langkah 4: Pelembap, pelembap dan pelembap.


Sapu pelembap seperti La' Soul Bright Vivid Essence dari atas ke bawah pada kulit bagi mengunci lembapan, menyebabkan kulit lebih licin, lembut dan bersinar. 

Langkah 5: Lindungi dengan SPF


Selepas menggunakan BVE dan QQ Cream

Tidak kira hari hujan atau panas, gunakan QQ Cream yang memberikan perlindungan maksimum SPF50 untuk mengurang dan mencegah pembentukan garis-garis halus, kedutan dan bintik- bintik perang. Ia juga melekat terus pada kulit dan membangkitkan seri dalaman kulit. Ia bertekstur ringan dan sesuai digunakan sendiri atau di bawah mekap. 

Ektra

Sebelum menyapu La' Soul V Skin Secret Lifting Gel

Semasa awal sapuan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel

Semasa La' Soul V Skin Secret Lifting Gel mengering


Selepas Menggunakan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel

Selepas melakukan pengelupasan secara lembut menggunakan La' Soul Placenta Intensive Deep Peeling Gel,  gunakan La' Soul V Skin Secret Lifting Gel sekali seminggu untuk meningkatkan pemulihan sel kulit dan menghasilkan kulit yang lebih licin serta segar. 


Jika dilakukan pada malam hari, akhiri dengan sapuan Diamond White Hydration Sleeping Mask bagi mengunci lembapan kulit dan membantu pemulihan.



Rujukan:

https://blog.glowrecipe.com/2017/11/08/exactly-how-to-get-glass-skin-in-5-easy-steps/

Monday, December 10, 2018

LARANGAN PEMBUNGKUSAN SEMULA PRODUK

PEMBUNGKUSAN SEMULA PRODUK LA' SOUL ADALAH DILARANG!☝

Rasionalnya:

1. Pemindahan ke bekas baru yang tercemar (tidak dibasmi kuman) akan berkemungkinan menyebabkan masalah kulit yang lebih teruk.

2. Pengguna akan dikenakan harga lebih mahal untuk isipadu yang sama berbanding membeli dalam bekas asal.

3. Kehilangan Point Value (PV) pada pihak pembeli kerana belian begini tidak merekod keahlian pembeli. PV ini boleh dikumpul dan ditukar dalam bentuk bonus tunai RM. Pembeli juga tidak menikmati harga diskaun dari voucer keahlian.

4. Paling bahaya...bekas baru tiada label, maklumat produk, cara guna dan tarikh luput sebagai rujukan. Berkemungkinan anda membeli produk tiruan!

Fikir panjang. Anda hendak jimat sekarang atau jimat selamanya?

#SayNoToRepackaging