SELAMAT DATANG KE SAMARAHAN SNE STOKIST!
Sejarah Kami Bersama SNE
SNE Marketing sudah beroperasi selama 15 tahun di Malaysia. Di Semenanjung dan Sabah sudah dikenali. Cuma di Sarawak, kita baru nak kenal.
Syarikat SNE Marketing memasarkan produk penjagaan kulit dari Korea jenama La' Soul dan produk kesihatan dari Taiwan. Semua produknya sudah atau sedang dalam proses mendapat sijil HALAL dan tersenarai dalam NPRA Product Status menunjukkan ia diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Saya bermula sebagai pengguna produk La' Soul setelah melahirkan anak bongsu pada hujung tahun 2016 ketika berusia 41 tahun dan bermula dengan Basic Set (DSM, QQ Cream dan Cleansing Foam). Pada masa itu, kulit saya amat kusam, kasar, kering, berjeragat dan berminyak pada zon T.
Saya dapati, kesan positifnya ada tetapi agak perlahan. Kemudian saya mula mencuba item lain secara beransur-ansur seperti Toner, Peeling Gel, BVE dan Serum. Akhir sekali saya mencuba Lifting Gel dan Pre Cleansing Oil semasa Beauty Workshop yang pertama saya hadiri.
Selepas merasai dan melihat kesannya yang memberangsangkan, saya berkongsi penemuan saya dan potensi produk ini dengan suami saya. Ia bukan sahaja boleh merawat masalah kulit mereka yang muda remaja bahkan mampu juga mengubah kulit yang matang seperti kulit saya yang berumur 40an ini menjadi lebih cerah dan lebih pudar jeragatnya. Kulit terasa lebih licin, kurang garis halus dan kurang berminyak.
Memandangkan saya juga berhasrat mencari peluang menjana pendapatan sampingan kerana berniat hendak bersara awal, saya mula memikirkan untuk menjadi stokis. Dengan dorongan dan sokongan daripada Upline saya; Deborah Renting Jimmy yang juga merupakan bekas pelajar saya, saya mengambil pakej Bronze Manager (BM) berbekalkan modal hasil perkongsian dengan suami saya (50%: 50%).
Kini kami beroperasi dari rumah dan team kami mengadakan La' Soul Beauty Workshop di Bilik Seminar Samarahan di Belian Square (sebelah kiri jalan menuju ke Batu 15 dari bulatan Unimas), Kota Samarahan pada setiap bulan.
Semasa La' Soul Beauty Workshop ini, peserta akan dapat mencuba SEMUA produk La' Soul Skincare di samping mendapat maklumat dan tips menjana pendapatan sambil mengguna serta berkongsi manfaat menggunakannya. Bayaran yang dikenakan hanya RM30 dan Sijil Penyertaan juga disediakan.
Kepada sesiapa yang berminat, boleh mendaftar dengan saya, Barbara Sian di wasap.my/+60168980629












No comments:
Post a Comment